Online
10:00AM - 12:00PM
Timezone (GMT+08:00)
FutureLab
Kepesatan pembangunan dalam sistem kewangan Islam telah menjadi suatu fenomena. Salah satu prasyarat utama dalam menyokong pembangunan kewangan Islam yang progresif adalah dengan membina kumpulan tenaga kerja mahir. Peningkatan ini akan disokong oleh permintaan kukuh merentas sektor kewangan termasuk permintaan untuk kemahiran pakar dalam bidang pertumbuhan tinggi dan khusus seperti pembiayaan modal risiko, pengurusan kekayaan, khidmat nasihat syariah, kewangan korporat dan khidmat nasihat pelaburan.
Bagi menjelaskan hal ini dengan lebih objektif, FutureLab dengan kerjasama Muamalat Students' Association, UiTM Melaka menampilkan mentor kami yang merupakan pakar dalam bidang Kewangan Islam, Madam Suri Hanim Mohamed. Beliau sudah sekian lama berkecimpung dalam arena ini dan kini bertugas sebagai Profesor of Practice di INCEIF, The Global University of Islamic Finance.
Ayuh, ikuti perkongsian ilmiah ini dengan langsung mendaftar di FutureLab Event Series secara PERCUMA. Pautan Zoom akan diberikan setelah pendaftaran dilakukan.
Event Ended
FutureLab
nurul@futurelab.my
+60166369962
No upcoming events